- Gaya Lelaki
- (22 Gambar)
-
Fesyen pengantin lelaki kini turut mengalami perubahan dan tidak terhad kepada baju melayu tradisional sahaja dan diubahsuai mengikut peredaran masa terutama dari segi rekaan busana dan motif yang lebih segar selain kombinasi fesyen moden kini.
- Baju Persalinan
- (26 Gambar)
-
Fesyen persalinan pengantin negeri dan daerah atau persalinan moden seringkali menjadi pilihan pasangan pengantin untuk diabadikan sebagai memori indah hari perkahwinan.
- Gaun
- (14 Gambar)
-
Aliran terkini gaun pengantin untuk 2009 menyaksikan pilihan daripada rona putih dan potongan gaya Victoria masih mengungguli permintaan ramai.
- Sifon
- (7 Gambar)
-
Fabrik yang paling digemari kerana strukturnya yang lembut dan sejuk dipakai. Fabrik sifon sesuai dengan pelbagai fesyen busana pengantin namun sering dibuat baju kebaya pendek dan kurung moden.
- Dubai Net
- (10 Gambar)
-
Keistimewaan dubainet terletak pada manik yang penuh menghiasi setiap sudut fabrik. Fabrik ini sesuai untuk kebaya, mini jubah, kurung moden dan kebaya berkorset untuk majlis pertunangan.
- Songket Berlace
- (15 Gambar)
-
Melewati zaman moden, mempelai hari ini begitu menyenangi fabhrik renda. Namun demikian, untuk hari bersejarah, songket tidak pernah dilupakan. Ia yang merupakan fabrik tenunan warisan Melayu yang masih tidak lapuk dek zaman. Gabungan Songket dan Renda menghasilkan gaya baru yang pastinya memukau para hadirin!
- Songket
- (9 Gambar)
-
Dari zaman dahulu hingga kini, kain songket tetap menjadi pilihan paling popular untuk pasangan mempelai. Kain songket paling sesuai untuk kebaya labuh atau baju kurung pesak lama.
- Lace
- (32 Gambar)
-
Fabrik renda ini terkenal di Perancis, kerana harga yang agak mahal dan kualiti fabrik rendanya. Rekaan yang sesuai bagi fabrik renda adalah rekaan kebaya, kurung moden dan gaun.
